awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas lesap RM40,000 sekelip mata

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
10/04/2018
05:13 MYT
Warga emas lesap RM40,000 sekelip mata
Sebaik sahaja menyerahkan wang berkenaan, suspek mengarahkan mangsa supaya membuat solat sunat syukur di sebuah masjid di Temerloh. - Gambar hiasan
Seorang wanita warga emas berputih mata apabila kerugian wang simpanan sebanyak RM40,000 diperdaya tiga lelaki dengan menawarkan batu delima yang tidak wujud di sini, semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, kejadian jam 1 tengah hari itu berlaku ketika mangsa berusia 63 tahun didatangi tiga suspek yang bertanyakan mengenai seorang lelaki bernama Haji Yusof di sebuah pasaraya di Triang, Bera.
Beliau berkata suspek lelaki itu dikatakan mahu mencari kenalannya itu kerana ingin memberikan batu delima.
"Seorang lagi suspek dikenali sebagai ustaz memberitahu ada seorang tauke kaya tinggal di kawasan sebuah pasar raya berhampiran dan berjanji untuk membayar harga batu delima berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian membuat tawaran untuk menjual barang kemas berkenaan kepada mangsa sebelum wanita berkenaan bersetuju dengan harga yang diberikan oleh lelaki berkenaan.
"Suspek mengenakan syarat supaya mangsa membayar dahulu harga batu delima itu dan mangsa mengeluarkan mengeluarkan wang di sebuah bank cawangan Mentakab sejumlah RM19,000 dan sebuah lagi bank cawangan Temerloh berjumlah RM20,000.
"Mangsa kemudian menyerahkan kesemua duit berkenaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000 kepada suspek," katanya.
Katanya, sebaik sahaja menyerahkan wang berkenaan, suspek mengarahkan mangsa supaya membuat solat sunat syukur di sebuah masjid di Temerloh.
"Sebaik sahaja selesai solat mangsa mendapati ketiga-tiga suspek menghilangkan diri dan menyedari ditipu.
"Mangsa segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Topic Berkaitan
#IPD Temerloh
#jenayah komersial
#kerugian
#Pahang
#temerloh
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan