awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut selepas rantai leher direntap, keluarga kerugian RM14,000

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2014
14:14 MYT
Warga emas maut selepas rantai leher direntap, keluarga kerugian RM14,000
POLIS: Penjenayah telah mengikat suami mangsa sebelum merentap rantai leher mangsa.
'Sudah jatuh di timpa tangga' begitulah nasib yang menimpa seorang warga emas apabila isterinya meninggal dunia sejurus mereka menjadi mangsa rompakan bersenjatakan parang oleh tiga orang lelaki dipercayai warga asing di rumah mereka di RPT Sungai Terah, Gua Musang, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Hamzah Doll, 77 tahun, bersama isterinya Sabariah Yusoff, 70 tahun, sedang nyenyak tidur sebelum didatangi tiga orang lelaki yang memakai baju serba hitam.
Menurut anak lelaki mangsa, Shahrom Hamzah, tiga lelaki tidak dikenali memasuki bilik tidur ibu bapanya dan mengacukan parang di leher dan perut bapanya.
Mereka kerugian kira-kira RM14,000 apabila barang kemas milik ibunya dan duit simpanan hasil menoreh getah bapanya turut dibawa lari perompak terbabit.
“Waktu itu semua orang sedang tidur. Pada pukul 2.30 pagi, perompak itu masuk selepas menghentak pintu belakang. Ayah dan emak tidak sedar waktu itu sebab sedang tidur.
"Dia masuk pintu dari belakang dan terus ke bilik utama ayah dan emak. Dia terus meletakkan parang atau pisau ke leher dan perut ayah. Dia tidak buat apa-apa kepada emak kerana tahu emak sakit,” kata Shahrom.
Katanya lagi, selepas bapanya pulang semula ke rumah selepas meminta bantuan jiran, ibunya ditemui terbaring di tangga berhampiran dapur dan ditemui sudah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Kelantan
#ragut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan