awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan

Astro AWANI
Astro AWANI
11/03/2026
03:04 MYT
Warga emas maut tertimbus tanah runtuh di belakang hotel Sandakan
Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat, yang turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di hotel tersebut. - Foto JBPM
Seorang lelaki warga emas maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di bahagian belakang sebuah hotel di pusat bandar Sandakan awal pagi tadi.
Mangsa, Agustine Frederick J. Lingam, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi sejurus pasukan bomba berjaya mengeluarkannya daripada timbunan tanah.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima melalui talian NG999 pada 6.39 pagi melaporkan kejadian tanah runtuh di premis berkenaan.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikerah ke lokasi dan tiba kira-kira sembilan minit kemudian.
Komander Operasi, Haris Mustapha, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat, yang turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik di hotel tersebut.
Difahamkan, mangsa, kakitangan hotel, sedang cuba menghidupkan generator (genset) di bahagian belakang bangunan apabila tanah runtuh berlaku.
Pemeriksaan awal mendapati mangsa tertimbus separuh badan.
Anggota bomba menjalankan kerja mengorek timbunan menggunakan peralatan penyodok sebelum mangsa dikeluarkan pada jam 7.14 pagi.
Pemeriksaan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#warga emas
#meninggal dunia
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan