awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas mengaku tidak bersalah cabul cucu jiran

Salim Aziz
Salim Aziz
21/02/2019
08:17 MYT
Warga emas mengaku tidak bersalah cabul cucu jiran
Tertuduh yang berasal dari Mata Ayer, Arau Perlis membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar pada Khamis atas tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap cucu jirannya berusia lima tahun.
Tertuduh yang berasal dari Mata Ayer, Arau Perlis membuat pengakuan itu selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.
Warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah dituduh melakukan seksual fizikal dengan menyentuh kemaluan kanak-kanak itu di sebuah rumah di Felda Chuping, Mata Ayer Arau Perlis pada 16 Februari lalu.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat jika sabit kesalahan.
Tertuduh ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Arau pada 16 Februari lalu.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa raya Mohd Fuad Abdul Aziz menawarkan jaminan RM3,000 selepas tertuduh mengemukakan rayuan mempunyai tiga anak.
Hakim Ainul Shahrin membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tidak mengganggu mangsa dan keluarganya.
Kes akan disebut semula pada 20 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Arau
#Felda
#Kanak-kanak
#Kangar
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#penjara
#Perlis
#polis
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan