awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas OKU meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Simpang Pulai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/02/2026
00:32 MYT
Warga emas OKU meninggal dunia dalam kebakaran rumah di Simpang Pulai
Anggota bomba memadamkan kebakaran yang mengorbankan seorang warga emas OKU di Simpang Pulai, malam tadi. - Foto JBPM Perak.

Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Lahat, Simpang Pulai, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.31 malam.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas A berukuran 30’ X 60’ yang musnah terbakar 90 peratus.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati api sedang marak membakar hampir keseluruhan rumah dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, setelah selesai pemadaman dilakukan, seorang wanita OKU pekak dan bisu yang berusia lingkungan 81 tahun telah ditemui mati terbakar di ruang tamu bahagian tengah rumah.

Menurutnya, seorang lagi mangsa lelaki berusia 79 tahun, dipercayai adik kepada mangsa, berjaya menyelamatkan diri sewaktu kebakaran berlaku.

Katanya, Bahagian Penyiasatan Kebakaran bersama pihak polis telah menjalankan siasatan dan setelah selesai siasatan, mayat mangsa diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Unit Pengesan K9 JBPM telah dipanggil untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Operasi yang membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai tamat sepenuhnya jam 1 pagi.

Operasi turut dibantu 10 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru.

Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas
#OKU
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan