awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM

Arief Subhan
Arief Subhan
11/07/2017
07:20 MYT
Warga Kastam tidak akan sesekali tunduk kepada sindiket, tonto - KP JKDM
Sebahagian daripada kenderaan Penguatkuasaan Isuzu D-MAX Prestige 3.0 baharu untuk kegunaan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara. -Astro AWANI / Subhan
Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) digesa agar tidak gentar semasa menjalankan tugas biarpun sentiasa menerima ugutan ketika menjalankan operasi.
Ketua Pengarah JKDM Datuk Subromaniam Tholasy berkata aspek keselamatan pegawai sentiasa menjadi fokus utama dan pihaknya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan sindiket terbabit.
"Saya ingin memberi amaran kepada sindiket-sindiket dan tonto-tonto ini… hentikanlah, cukup," kata Subromaniam.
BACA: Pegawai kastam wanita maut kenderaan dirempuh tonto
Menurut Subromaniam, statistik jumlah kes ugutan yang diterima pegawai JKDM semasa menjalankan tugas rasmi pada tahun 2013 hingga 2017 sahaja adalah sebanyak 150 kes.
VIDEO: Rempuhan maut tonto perbuatan melampau
"Secara purata, 40 kes ugutan tonto terhadap pegawai JKDM dilaporkan setiap tahun," kata Subromaniam pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan Isuzu D-MAX Prestige 3.0, di sini, hari ini.
VIDEO: Polis buru tonto terlibat insiden rempuhan Kastam
Pengenalan 80 buah kenderaan untuk kegunaan Bahagian Penguatkuasaan JKDM di seluruh negara itu, menurutnya, mampu meningkatkan aspek keselamatan pegawai JKDM ketika operasi serbuan dan siasatan.
“Sehubungan itu, JKDM berharap dengan penyerahan kenderaan baharu ini dapat melindungi pegawai JKDM yang bertugas serta mengurang masalah jumlah kes ugutan atau ancaman yang dihadapi oleh pegawai,” katanya lagi.
VIDEO: Tindakan ganas tonto terhadap penguatkuasa bukan perkara baharu
Kenderaan Isuzu D-MAX Prestige 3.0 yang berharga RM90,000 setiap satu itu telah diubah suai dan dilengkapi ciri keselamatan seperti bull bar dan kamera video.
Menurut Subromaniam, JKDM akan membuat kajian semula jika insiden ancaman tonto berkurangan selepas pengenalan kenderaan baharu ini.
Topic Berkaitan
#aspek keselamatan pegawai
#isuzu
#Isuzu D-MAX Prestige 3 0
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#JKDM
#kastam
#sindiket
#Subromaniam Tholasy
#tonto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan