awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar maut ditikam rakan senegara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/09/2019
11:08 MYT
Warga Myanmar maut ditikam rakan senegara
Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seorang pekerja warga Myanmar maut dipercayai ditikam rakan senegara selepas pergaduhan di rumah kedai Laluan Sri Pengkalan 1, Pusing dekat sini, petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pada 6.30 petang, anggota polis yang bertugas di kaunter pentanyaan Balai Polis Pusing menerima panggilan dari orang awam memberitahu berlaku pergaduhan warga Myanmar di rumah kedai yang disewa oleh si mati dan rakannya.
Menurutnya, mangsa, seorang lelaki berumur 22 tahun dijumpai terbaring di dalam bilik pertama dan terdapat kesan darah di bahagian dadanya.
“Mangsa ditemui dalam keadaan masih berpakaian lengkap dan pemeriksaan pihak Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mendapati terdapat satu kesan tikaman di kiri bahagian dada.
“Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menjumpai senjata iaitu satu gunting di lokasi kejadian dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRBP) 11.30 malam tadi dan bedah siasat yang dijalankan 1 petang Selasa mendapati punca kematian akibat tusukan objek tajam di dada si mati.
Katanya siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 05-362 9222 (ASP Ramesh) bagi mengesan suspek yang telah melarikan diri.
Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#forensik
#ipk perak
#lelaki maut
#mangsa tikam
#PDRM
#polis
#warga asing
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan