awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Singapura buat laporan polis nasi goreng terlalu pedas di Johor

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2014
07:28 MYT
Warga Singapura buat laporan polis nasi goreng terlalu pedas di Johor
Lau Thiam Huat mendakwa nasi goreng kampung yang dipesannya itu terlalu panas dan pedas
Seorang warga Singapura membuat laporan polis kerana sepinggan nasi goreng kampung yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan dekat sini "terlalu pedas".
Lelaki itu, Lau Thiam Huat, 63, mendakwa nasi goreng kampung yang dipesannya itu terlalu panas dan pedas "sehingga ke hari ini saya rasa pedas nasi goreng yang dimakan semalam".
Lelaki tersebut makan di kedai yang tidak dinamakan itu lebih kurang pukul 9 malam pada 30 April lalu. Dia membuat laporan polis berkenaan lebih kurang 24 jam kemudian pada 1 Mei.
laporan polis nasi goreng pedas
laporan polis nasi goreng pedas
Laporan polis yang dibuat Lau Thiam Huat 1 Mei lalu
"Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak," kata lelaki itu dalam laporan polisnya.
Katanya lagi, dia membuat laporan polis itu "kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital".
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh yang dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan pihaknya menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.
Namun tidak diketahui dengan jelas bagaimana laporan polis itu boleh tersebar melalui jaringan sosial media sejak dua hari lalu.
Topic Berkaitan
#Lau Thiam Huat
#nasi goreng kampung
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan