awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris MH370 serah nota kepada Perdana Menteri

Bernama
Bernama
18/02/2015
12:17 MYT
Waris MH370 serah nota kepada Perdana Menteri
Nota itu antaranya meminta kerajaan Malaysia tidak mengisytiharkan pesawat itu hilang dan kesemua penumpang dan anak kapal meninggal dunia selagi tiada bukti kukuh. - Gambar fail
Sejumlah 21 waris mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH370 hari ini berkumpul di hadapan pintu protokol Bangunan Perdana Putra di sini untuk menyerahkan nota kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Sulit Kepada Pegawai Khas Perdana Menteri, Saiful Azhar yang mewakili perdana menteri, bertemu dengan kumpulan itu yang berkemeja-T merah tertera 'Pray for MH370' dan kemudian menerima nota berkenaan.
Menerusi seorang penterjemah, wakil kumpulan tersebut, Li Er You berkata, nota itu antaranya meminta supaya kerajaan Malaysia tidak mengisytiharkan pesawat itu hilang dan kesemua penumpang dan anak kapal meninggal dunia selagi tiada bukti kukuh.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA)pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac tahun lepas.
Pada 29 Jan tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang serta kru dianggap terkorban.
Topic Berkaitan
#MAS
#MH370
#Najib Razak
#nota
#penerbangan Malaysia
#Perdana Menteri
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan