awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Warisan kita mesti terus hidup" - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
31/01/2026
03:00 MYT
"Warisan kita mesti terus hidup" - PM Anwar
Menurut Anwar, kerajaan mengambil pendekatan strategik untuk menghidupkan semula tapak warisan utama di Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya.
KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di bawah inisiatif Warisan Kuala Lumpur bukan sekadar untuk mengulang nostalgia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, ia merupakan sebahagian daripada ikhtiar kerajaan untuk memastikan sejarah terus hidup, difahami dan dapat dijadikan pedoman untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
Menurut Anwar, kerajaan mengambil pendekatan strategik untuk menghidupkan semula tapak warisan utama di Kuala Lumpur sebagai pemangkin pembangunan ekonomi bandar berasaskan budaya.
“Warisan tidak dilihat sebagai beban masa lalu, tetapi sebagai aset strategik yang mampu menjana pelancongan, menggerakkan industri kreatif, membuka peluang pekerjaan dan mengukuhkan ekosistem perniagaan tempatan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), di sini, pada Sabtu.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli untuk memyempurnakan detik bersejarah tersebut di hadapan barisan ahli Jemaah Menteri, pegawai kanan pentadbiran dan wakil syarikat-syarikat korporat.
Warisan KL ialah inisiatif nasional untuk menghidupkan semula kawasan bersejarah di pusat bandar Kuala Lumpur melalui pemuliharaan bangunan ikonik, pembangunan semula kawasan budaya dan pengaktifan ruang awam bagi merancakkan industri kreatif serta pelancongan.
Inisiatif tersebut merangkumi zon-zon penting seperti Carcosa, Seri Negara, Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Kompleks Dayabumi.
Di bawah program tersebut, kerajaan melalui Khazanah Nasional melaksanakan pemuliharaan besar melibatkan Carcosa dan Seri Negara yang dipulihkan sebagai ruang budaya dan galeri sejarah,
Selain itu, kesemua enam blok Bangunan Sultan Abdul Samad menjalani pemuliharaan menyeluruh untuk memelihara seni bina kolonial dan memperkenalkan pameran baharu mengenai sejarah Kuala Lumpur.
Sebanyak RM600 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2026, yang disalurkan melalui Khazanah sebagai pelaburan strategik untuk memelihara warisan negara, memacu industri kreatif dan menyokong persiapan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemuliharaan BSAS menjadi antara manifestasi awal yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat.
“Namun, pemuliharaan tidak boleh berhenti pada struktur semata-mata. Bangunan warisan mesti dihidupkan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini akan menempatkan Galeri Bandaraya Kuala Lumpur, yang menelusuri perjalanan bangunan ini dan ibu kota Kuala Lumpur melalui lima ruang bertema merentasi tiga abad sejarah.
"Di samping itu, Galeri Royal Selangor akan mempamerkan seni kraf piuter sebagai cerminan legasi ekonomi, kreativiti dan daya usaha masyarakat Kuala Lumpur yang lahir daripada sejarah perlombongan bijih timah,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, beliau yakin Bangunan Sultan Abdul Samad dan keseluruhan kompleks bersejarah ini akan terus menjadi cerminan identiti negara.
Kata Anwar, identiti yang dimaksudkan adalah sebagai sebuah negara yang maju dan progresif, namun tidak terputus daripada akar sejarahnya; membangun bukan sahaja dengan kekuatan ekonomi, tetapi dengan jiwa, nilai dan kemanusiaan.
“Kita harus memastikan bangunan-bangunan warisan ini terus hidup sebagai ruang yang mendidik, menyatukan dan memberi inspirasi - bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dimanfaatkan oleh generasi hari ini dan pewaris kita pada masa hadapan,” tegas Perdana Menteri lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pihaknya amat menghargai kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan pemuliharaan Kompleks BSAS, salah satu mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur.
"Projek ini membuktikan nilai kerjasama dan sinergi yang kukuh antara sektor awam dan swasta di bawah payung Warisan KL. Di luar pemuliharaan bangunan, tumpuan kami adalah untuk menghidupkan BSAS sebagai ruang awam yang inklusif, mudah diakses oleh semua, serta menyumbang kepada kemeriahan dan pertumbuhan jangka panjang Kuala Lumpur.
"Pembukaan semula BSAS yang tepat pada masanya ini turut menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dan dijangka menjana limpahan ekonomi yang lebih luas kepada ekonomi tempatan serta merentas sektor pelancongan, peruncitan dan logistik," katanya lagi.
Untuk rekod, BSAS dahulunya dikenali sebagai Bangunan Sekretariat yang menjadi teras pusat pentadbiran negara, sebelum dinamakan semula sebagai Bangunan Sultan Abdul Samad bagi memperingati Almarhum Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah, Sultan Selangor yang memerintah pada ketika pembinaannya — sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap bandar raya dan sejarah negara.
Dalam kenyataan media oleh Khazanah, BSAS telah menjadi saksi kepada pelbagai detik penting dalam sejarah negara dan Kuala Lumpur, termasuk penurunan bendera Union Jack dan pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu buat pertama kalinya pada tahun 1957, di kawasan yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka.
Bangunan itu juga menyaksikan satu lagi fasa bersejarah susulan pengurniaan taraf bandar raya kepada Kuala Lumpur pada tahun 1972 dan pengisytiharannya sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun 1974.
Menurut sejarah, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan untuk menyerahkan Kuala Lumpur daripada kedaulatan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan demi semangat kenegaraan.
Topic Berkaitan
#warisan KL
#Bangunan Sultan Abdul Samad
#bangunan bersejarah
#PM Anwar Ibrahim
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan