awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan diserang lelaki mabuk ketika buat liputan kempen PRU15

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/11/2022
05:08 MYT
Wartawan diserang lelaki mabuk ketika buat liputan kempen PRU15
SEREMBAN: Dua individu ditahan selepas didakwa menyerang sekumpulan wartawan yang sedang membuat liputan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Seremban Jaya, di sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, salah seorang wartawan bertugas juga turut ditolak serta dibaling dengan menggunakan gelas, botol minuman keras dan kasut.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kedua-dua suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian ditahan dalam tempoh kurang lima jam daripada waktu kejadian ketika berada di Taman Seremban Selatan.
“Semasa sekumpulan wartawan Malaysia Gazette sedang membuat liputan kempen pilihan raya seorang calon sebuah parti yang bertanding di sebuah restoran di kawasan Seremban Jaya, mereka telah diugut oleh dua lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk agar tidak membuat liputan media di situ.
“Salah seorang daripada wartawan kemudian telah ditolak, dibaling gelas, botol arak serta kasut dan bertindak di atas laporan yang diterima, kedua-dua suspek kemudian telah berjaya diberkas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya.
Tambah beliau, pihaknya menyeru masyarakat agar memberi kerjasama kepada wakil-wakil parti yang berkempen serta media yang membuat liputan bagi memastikan suasana pilihanraya berjalan lancar dan dalam keadaan harmoni.
“Tindakan tegas dan tanpa kompromi akan diambil ke atas mereka yang sengaja memecahkan keamanan dan ketenteraman awam,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#kempen
#calon
#mabuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan