awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
30/06/2020
12:33 MYT
Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Hishammudin memaklumkan sudah berbincang dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia berhubung situasi sebenar di sana. Foto: Facebook/ @HishammuddinH2O
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.
Ia selepas pihaknya menerima maklumat tentang perihal rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di negara itu akibat COVID-19.
Menerusi perkongsian di Twitternya, Hishammuddin memaklumkan sudah berbincang dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia berhubung situasi sebenar di sana.
"Saya dapat beberapa komen di Facebook saya beritahu ada rakyat Malaysia di Arab Saudi kehilangan kerja disebabkan COVID-19.
"Saya pandang serius perkara ini. Justeru petang ini saya berbincang dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia,Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein Saeed Qattan berhubung situasi sebenar di sana.
"Ia penting bagi membolehkan kerajaan termasuk Wisma Putra perhalusi pendekatan untuk terus bantu rakyat kita yang ditimpa kesusahan di Saudi," katanya.
Sy dapat beberapa komen di Facebook sy beritahu ada rakyat Malaysia di Arab Saudi kehilangan kerja disebabkan #COVID19. Sy pandang serius perkara ini. Justeru tadi sy bincang dgn Duta Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussein Saeed Qattan berhubung situasi sebenar di sana. pic.twitter.com/kN1Bsjpmq3
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 30, 2020
Pada masa sama, Hishammuddin turut menjelaskan, pihaknya akan berusaha untuk memberi yang terbaik demi keselamatan dan kebajikan rakyat di luar negara walaupun berdepan krisis COVID-19 yang bukan mudah untuk diselesaikan.
Perbincangan ini penting bagi Kerajaan termasuk @MalaysiaMFA perhalusi pendekatan utk terus bantu rakyat yg ditimpa kesusahan di sana. Semasa krisis #COVID19, bkn mudah utk selesaikan semua masalah sekaligus. Namun, kita akan usaha yg terbaik demi keselamatan & kebajikan rakyat. pic.twitter.com/bNM7gzBcig
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 30, 2020
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#coronavirus
#COVID-19
#Datuk Seri Hishammuddin Hussein
#hilang kerja
#Menteri Luar Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan