awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wristband' diwajibkan bagi warganegara memasuki Sarawak mulai 1 Ogos

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
30/07/2020
12:05 MYT
'Wristband' diwajibkan bagi warganegara memasuki Sarawak mulai 1 Ogos
Pemakaian pelitup muka bagi setiap individu di Sarawak turut diwajibkan pada 1 Ogos ini bagi mengekang penularan COVID-19. -Gambar Arkib
Setiap warganegara yang memasuki Sarawak sama ada dari Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dipakaikan gelang keselamatan ataupun ‘wristband’.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, arahan ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Ogos ini.
“Mereka dikehendaki untuk menjalani proses pengambilan sampel pada hari pertama atau hari kedua di klinik kesihatan berdekatan.
“Namun, mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi menjalani kuarantin.
“Bagi mereka yang mempunyai perjalanan ke destinasi terakhir seperti ke kawasan pedalaman, mereka harus diambil sampel pada hari kedua,” katanya pada sidang media JPBNS di sini, hari ini.
Ujar Uggah lagi, sekiranya keputusan sampel adalah negatif, mereka dibenarkan pulang ke rumah tanpa menyambung baki tempoh kuarantin.
Dalam pada itu, Uggah turut menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai proses kemasukan rakyat Sarawak dari kawasan zon satu iaitu Kuching, Samarahan dan Serian ke tiga destinasi di luar Sarawak itu.
Katanya, rakyat negeri tersebut tidak perlu membuat ujian saringan tiga hari sebelum berlepas, namun harus mendapatkan permit daripada polis.
Dalam perkembangan sama, operasi perniagaan bagi kawasan zon satu itu turut dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja.
“Akan tetapi, pengusaha stesen minyak dan kilang dibenarkan beroperasi seperti biasa dan harus memberi notis kepada pihak JPBNS,” ujarnya.
Antara keputusan lain yang dimaklumkan oleh Uggah pada sidang media berkenaan termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka buat setiap individu.
“Semua rakyat Sarawak diwajibkan memakai pelitup muka contohnya semasa berada di tempat awam, pusat beli belah, pengangkutan awam, pasar dan kedai makan.
“Tindakan akan diambil oleh penguat kuasa sekiranya pengusaha premis dan pelanggan didapati tidak patuh pada arahan,” tegasnya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#JPBNS
#Kuching
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan