awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Kepulauan Talaud, gegaran dirasai hingga Manado
Lima negara EU desak cukai keuntungan luar biasa terhadap sektor tenaga fosil
Gempa bumi 6.0 magnitud landa 90km tenggara Sarangani, Filipina - USGS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum - Ramanan

Bernama
Bernama
09/03/2026
14:02 MYT
Wujud ejen provokasi cetus ketegangan kaum - Ramanan
Ramanan berkata terdapat individu tertentu dipercayai diupah sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan konflik perkauman dan pihak berkuasa perlu mengenal pasti dalang di sebalik pembiayaan itu. - Gambar Bernama
Naib Presiden PKR Datuk Seri R. Ramanan hari ini mendedahkan kewujudan individu yang didakwa bertindak sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia.
Menteri Sumber Manusia itu berkata justeru, perkara berkenaan akan dibawa ke peringkat Kabinet bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.
Beliau berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak boleh dibiarkan kerana ia seolah-olah cuba memperalatkan nasib dan masa depan lebih 33 juta rakyat Malaysia demi agenda tertentu.
"Tindakan provokatif khususnya di media sosial dan tempat awam sejak kebelakangan ini amat membimbangkan... isu yang pada asalnya kecil disensasikan dan dijadikan sentimen perkauman sehingga mampu mencetuskan ketegangan," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR A.Kumaresan dan Dr Gunaraj George, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor serta Pengerusi MPN Terengganu Dr Zainudin Awang @Omar.
Ramanan juga berkata terdapat individu tertentu dipercayai diupah sebagai ejen provokasi bagi mencetuskan konflik perkauman dan pihak berkuasa perlu mengenal pasti dalang di sebalik pembiayaan itu.
"Negara kita ada undang-undang... jika ada isu, ikut saluran yang betul, buat laporan polis dan biar mahkamah menentukan," katanya.
Beliau berkata prestasi ekonomi yang positif di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba dimanipulasi pihak tertentu dengan melakukan provokasi untuk menimbulkan ketegangan kaum bagi mengganggu-gugat perpaduan negara.
"Apabila ekonomi negara baik, kadar pengangguran rendah sekitar 2.9 peratus dan ringgit semakin mengukuh, ada pihak yang sudah tidak mempunyai modal politik lalu memainkan isu perkauman untuk mencetuskan huru-hara," katanya.
Ramanan berkata budaya rakyat Malaysia selama ini adalah mengutamakan dialog dan perbincangan dalam menyelesaikan sebarang perbezaan pandangan, bukannya melalui keganasan atau mengambil undang-undang di tangan sendiri.
"Jangan fikir beberapa individu boleh menjadikan 33 juta rakyat Malaysia sebagai tebusan kepada agenda peribadi mereka... kerajaan tidak akan berdiam diri," katanya sambil memberi amaran keras kepada ejen provokasi berkenaan agar segera menghentikan tindakan mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#provokasi
#ketegangan kaum
#modal politik
#amaran keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan