awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yamaha MT-07 dilancarkan

Astro Publication
Astro Publication
29/10/2014
07:59 MYT
Yamaha MT-07 dilancarkan
Sewaktu hujung minggu MotoGP baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Sdn Bhd mengambil peluang untuk melancarkan motorsikal terbarunya, Yamaha MT-07 yang dilengkapi enjin 689cc, 4-strok 2-silinder dengan suntikan bahan api. Istimewanya, pelancaran ini disempurnakan oleh kedua-dua pelumba MotoGP Yamaha, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Menurut C.H. Ng, pengarah urusan Hong Leong Yamaha Motor, “Model ini adalah yang kedua di dalam siri MT dan akan melengkapi barisan motor besar kita bersama-sama Yamaha MT-09 dan Yamaha XJ6.” Motorsikal terbaru Yamaha ini dijual pada harga RM42,000 (tanpa insurans dan cukai jalan) dan akan mula tiba di pusat jualan Yamaha seluruh negara bermula akhir November nanti di dalam warna-warna biru atau merah.
Dari segi jualan motor besar (di atas 250cc), 8 bulan pertama tahun ini menunjukkan prestasi malar, bahkan berkurangan sebanyak 1% kepada 9,255 unit berbanding masa yang sama tahun lepas dengan 9,326 unit. Dari pandangan Hong Leong Yamaha Motor, ini hanya untuk masa yang sekejap setelah perkembangan yang besar untuk tahun-tahun 2012 dan 2013, dengan 53% dan 50%. Selain daripada itu, syarat-syarat pinjaman oleh bank dan syarikat kredit yang lebih ketat semenjak awal tahun ini turut menyumbang kepada perkara ini.
Topic Berkaitan
#Yamaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan