awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YBK sasar bantu 200 keluarga pada Ramadan ini

Bernama
Bernama
09/02/2024
21:30 MYT
YBK sasar bantu 200 keluarga pada Ramadan ini
Hartini berkata sasaran itu, meningkat berbanding tahun lepas dengan sebanyak 156 keluarga telah berjaya dibantu. - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyasarkan untuk membantu sebanyak 200 keluarga fakir, miskin dan asnaf di negara ini, menerusi program Sinar Kasih Ramadan (SKR) yang akan dilaksanakan pada Ramadan ini.
Pengerusi program Datin Dr Hartini Osman berkata sasaran itu, meningkat berbanding tahun lepas dengan sebanyak 156 keluarga telah berjaya dibantu.
Beliau berkata setiap keluarga yang terpilih akan menerima bantuan sekali beri wang tunai berjumlah RM600, bagi menampung perbelanjaan untuk berbuka dan bersahur pada Ramadan yang dijadual disambut umat Islam, bulan hadapan.
"Setiap maklumat atau data bagi keluarga yang dipilih ini diperoleh dari pihak sekolah, ketua komuniti dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Setiap satu (maklumat atau data) yang diterima akan diteliti dahulu kelayakan, sebelum tersenarai menerima bantuan ini,
"Tahun ini, (mereka) yang memohon lebih daripada 1,000 keluarga yang kita akan tapis dan jika ada lebihan (wang bantuan), kita boleh bantu lebih daripada 200 keluarga," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program SKR di sini pada Jumaat.
Hartini berkata setakat ini, sebanyak 3,927 keluarga telah menerima manfaat menerusi program itu, yang memasuki kali ke-16 penganjurannya sejak dilaksanakan pada 2008.
Dalam pada itu, beliau berharap lebih ramai individu, NGO dan badan korporat tampil menderma bagi membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan semasa Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramadan
#YBK
#badan korporat
#keluarga fakir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan