awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Rumah ibadat tanpa kelulusan: Tindakan ketepi saluran sah tidak boleh dikompromi - Sultan Kedah
Pengorbanan Kedah pelihara kawasan padi, tadahan air wajar dibalas setimpal - Sultan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YKN wujudkan platform bantu remaja perempuan berdepan fasa kehidupan mencabar

Bernama
Bernama
24/02/2026
14:43 MYT
YKN wujudkan platform bantu remaja perempuan berdepan fasa kehidupan mencabar
Nancy (tengah) menyerahkan sumbangan kepada peserta pada Program YKN Kasih Ramadan: HER Journey di sebuah hotel di Kuala Lumpur, 24 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Program Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kasih Ramadan: HER Journey diadakan sebagai platform intervensi menyeluruh dan berfokus kepada remaja perempuan yang sedang melalui fasa kehidupan mencabar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, yang juga Pengerusi YKN, berkata program itu dirangka sebagai satu perjalanan membina jati diri, harapan dan kekuatan dalaman dalam kalangan peserta kerana golongan berkenaan tidak boleh dibiarkan berjalan sendirian.
"Dalam kita menikmati Ramadan bersama keluarga, kita juga perlu sedar bahawa terdapat remaja perempuan yang sedang melalui fasa kehidupan yang mencabar... mereka berada dalam tempoh penting pembentukan jati diri yang memerlukan sokongan, keyakinan dan kestabilan emosi.
"Mereka memerlukan bimbingan dan peluang untuk membina semula kekuatan diri serta melangkah ke hadapan dengan lebih yakin," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di sini semalam.
Program itu menghimpunkan 100 peserta Program Anjung Sinar YKN berusia antara 15 hingga 19 tahun yang terdiri daripada anak yatim, mangsa penderaan atau pengabaian serta remaja di bawah Perintah Mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Antara pengisian utama program dua hari yang bermula semalam termasuk sesi pendedahan risiko jenayah seksual oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia SAC Siti Kamsiah Hassan serta slot inspirasi Journey of Hope bersama dengan pelakon Wan Sharmila dan penceramah bebas Ustazah Muzayannah Abdullah.
Nancy berkata program itu selaras dengan penerapan nilai teras K.A.S.I.H yang diperkenal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Kasih Sayang, Akhlak Mulia, Sihat, Ilmu dan Harmoni sebagai asas membentuk komuniti seimbang, inklusif serta mampan secara holistik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#YKN Kasih Ramadan: HER Journey
#bantu remaja perempuan
#Nancy Shukri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan