awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid batalkan permohonan dapatkan pasport untuk ibadah umrah

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
09/01/2019
08:02 MYT
Zahid batalkan permohonan dapatkan pasport untuk ibadah umrah
Zahid batalkan permohonan dapatkan pasport, tangguh rancangan menunaikan ibadah umrah.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini terpaksa menangguhkan rancangannya untuk menunaikan ibadah umrah pada 17 Januari ini selepas keputusan membatalkan permohonan mendapatkan kembali pasportnya di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Peguamnya, Kitson Foong berkata keputusan tersebut disebabkan kesuntukan masa, memandangkan proses mendapatkan visa umrah akan mengambil masa lebih seminggu.
Sebelum itu, Hakim Rozina Ayob bertanyakan mengapa pembelaan lambat membuat permohonan itu kerana pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menjawab permohonan tersebut.
"Pihak pembelaan baru memfailkan permohonan untuk mendapatkan pasport itu pada 8 Januari, namun ia dibantah oleh pihak pendakwaan kerana mereka menyifatkan permohonan itu lewat," kata Foong.
Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Lee Keng Fatt.
Pada 19 Okt dan 14 Dis tahun lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Topic Berkaitan
#Amanah
#haram
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#menteri
#Perdana Menteri
#Rasuah
#ringgit
#Timbalan Perdana Menteri
#umrah
#Visa
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan