awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid Hamidi balas kritikan: Hak asasi hanya untuk penjenayah?

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
09/10/2013
12:00 MYT
Zahid Hamidi balas kritikan: Hak asasi hanya untuk penjenayah?
Adakah hak asasi di negara kita hanya untuk penjenayah?
Itu pertanyaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang selama ini mendiamkan diri berikutan bidasan dan kritikan pedas oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya bahawa anggota gangster seharusnya "ditembak dahulu" sekiranya ada bukti, akhirnya membalas kritikan tersebut di laman Twitternya hari ini.
Mana hak asasi utk Polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya utk penjenayah?
— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) October 9, 2013
Ahmad Zahid menerima kritikan hebat selepas sebuah portal berita memuat naikkan sebuah klip video ucapan beliau yang dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu.
Di dalam video tersebut, Ahmad Zahid didakwa berkata bahawa 28,000 daripada 40,000 anggota kumpulan haram atau gangster terdiri dari kaum India dan adalah tidak salah untuk menahan mereka.
“Bagaimana pula keadaan mangsa rompak, mangsa bunuh semasa tembakan? Ramai daripada mereka adalah dari kaum Melayu. Kebanyakan mereka adalah bangsa kita (Melayu).
“Saya fikir jalan terbaik adalah kita tidak perlu lagi berkompromi dengan mereka (gangster). Tidak perlu memberikan amaran lagi kepada mereka. Jika kita dapat bukti, kita tembak dahulu.”
Beliau turut didakwa berkata bahawa kumpulan penjenayah Tiga Line, yang disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah "kawan-kawan".
Tindakan beliau dikritik oleh pelbagai pihak termasuk pihak Majlis Peguam.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyifatkan Ahmad Zahid sebagai tidak bertanggungjawab dan memalukan kerana bertindak membatasi undang-undang.
Berikutan kejadian itu, DAP telah membuat dua laporan polis terhadap Ahmad Zahid.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#hak asasi
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan