awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zairil tarik balik saman fitnah terhadap Ravinder dan Khoo

Bernama
Bernama
05/06/2025
15:53 MYT
Zairil tarik balik saman fitnah terhadap Ravinder dan Khoo
Zairil berkata beliau menarik balik saman itu selepas kedua-duanya mengakui bahawa kenyataan yang dibuat oleh mereka semasa Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada 2023 adalah tidak berasas. - Gambar fail/Wikipedia
GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari hari ini menarik balik saman terhadap aktivis Ravinder Singh serta Khoo Salma Nasution berhubung kenyataan mereka yang didakwa memfitnah beliau pada 2023.
Zairil berkata beliau menarik balik saman itu selepas kedua-duanya mengakui bahawa kenyataan yang dibuat oleh mereka semasa Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang pada 2023 adalah tidak berasas.
"Hari ini di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, kes saman saya terhadap Khoo dan Ravinder telah selesai. Mereka telah menarik balik kenyataan itu dan menzahirkan kekesalan dengan setulus hati berhubung perkara tersebut.
"Oleh itu, saya telah bersetuju untuk menarik balik saman terhadap mereka. Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua agar sentiasa mengesahkan fakta sebelum membuat dakwaan yang tidak berasas dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Menerusi kenyataan bersama, Ravinder dan Khoo mengakui dakwaan terhadap Zairil adalah tidak berasas serta menzahirkan kekesalan mereka atas sebarang aib, kesulitan atau kerosakan reputasi yang dialami oleh Zairil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarik balik saman fitnah
#Ravinder Singh
#Khoo Salma Nasution
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan