awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Mekanisme SAP bantu penuhi keperluan peranti guna habis di hospital - Dzulkefly
Ajaran ‘Ratu Balqis’ diselidik, rujuk kepada jawatankuasa fatwa - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ziarah Kasih PTPTN ringankan beban waris nahas pemandu mabuk

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
10/04/2026
04:03 MYT
Ziarah Kasih PTPTN ringankan beban waris nahas pemandu mabuk
Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (dua dari kiri) menyantuni waris kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar dengan menyampaikan sumbangan berjumlah RM3,000 dalam bentuk Akaun Simpan SSPN Prime di Batu Kurau, Perak. -Foto PTPTN
Di sebalik kehilangan seorang ketua keluarga, kelangsungan masa depan anak-anak tetap memerlukan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.
Prihatin terhadap nasib yang menimpa, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Program Ziarah Kasih PTPTN telah menziarahi waris Allahyarham Amirul Hafiz Omar, mangsa tragedi kemalangan jalan raya akibat dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.
Sebagai tanda sokongan, PTPTN menyalurkan sumbangan kepada tiga anak Allahyarham dalam bentuk simpanan Akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM3,000, dengan setiap anak menerima RM1,000.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sumbangan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diharap dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung waris selepas kehilangan insan tersayang.
“PTPTN berharap sumbangan melalui inisiatif CSR ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ditanggung oleh waris yang kehilangan insan tersayang.
“Walaupun tiada apa yang mampu menggantikan kehilangan seorang suami dan bapa, kami berharap sumbangan ini dapat menjadi sokongan bermakna dalam memastikan pendidikan anak-anak Allahyarham terus terbela, di samping membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tabah,” katanya menerusi sebuah kenyataan.
Menurut beliau, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pendeposit, termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif serta jaminan kerajaan selain patuh syariah.
“PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.
“Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas 2 simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah,” tambahnya.
Dalam masa sama, Simpan SSPN Plus turut menyediakan enam pakej caruman serendah RM30 sebulan sehingga RM500 sebulan, dengan manfaat perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta. Ia turut merangkumi khairat kematian kepada pendeposit dan keluarga, serta perlindungan sehingga umur 69 tahun, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus komited memperkukuh pelaksanaan program CSR, khususnya dalam aspek pendidikan demi pembangunan generasi masa depan, selari dengan moto “Peluang Kejayaan Anda” serta tagline “PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu”.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN untuk akses yang lebih mudah, cepat dan selamat.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#SSPN Prime
#sumbangan
#PRIHATIN
#ziarah
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan