awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia setuju sertai skuad Piala Thomas

Bernama
Bernama
23/02/2026
21:26 MYT
Zii Jia setuju sertai skuad Piala Thomas
Lee Zii Jia. - Gambar fail/BERNAMA
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia mencapai sepakat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyertai skuad negara dalam kempen Piala Thomas 2026.
Pasukan Team LZJ dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Zii Jia turut bersetuju mengetepikan bayaran hak imej bagi membolehkannya mewakili Malaysia pada kejohanan berprestij itu, sekali gus mencerminkan komitmen serta dedikasinya terhadap negara.
Menurut kenyataan itu, pemain berusia 27 tahun itu merakamkan penghargaan kepada Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Datuk Seri Lee Chong Wei atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepadanya untuk membantu misi negara.
“Beliau berharap perkembangan ini membuka lembaran baharu antara Zii Jia dan BAM, seterusnya bergerak seiring demi kepentingan badminton Malaysia,” menurut kenyataan berkenaan.
Pusingan akhir Piala Thomas dijadual berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayaran hak imej
#Lee Zii Jia
#Piala Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan