awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo baharu bakal dibina di Iskandar Puteri

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2022
01:20 MYT
Zoo baharu bakal dibina di Iskandar Puteri
Zoo di Jalan Gertak Merah, Taman Istana Johor Bahru ditutup sementara sejak 18 Oktober 2020. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor bakal mempunyai sebuah lagi zoo yang akan dibina di atas tanah berkeluasan 20.2 hektar di kawasan Iskandar Puteri.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kawasan yang disyorkan bagi pembinaan zoo baharu tersebut telah dikenal pasti.
Katanya, zoo sedia ada berusia 94 tahun yang terletak di Jalan Gertak Merah, Taman Istana Johor Bahru yang merupakan zoo tertua di Malaysia akan dikekalkan.
"Pembinaan zoo baharu ini masih di peringkat awal dengan perbincangan bersama agensi awam dan swasta.
"Beberapa zoo dalam dan luar negara yang berjaya menarik bilangan pengunjung tertinggi akan dijadikan contoh antaranya Zoo Singapura, Zoo Melaka dan Taiping," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Kota Iskandar pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai memaklumkan kerajaan negeri dalam proses menaik taraf dan membaik baik pulih fasiliti zoo sedia ada.
"Zoo sedia ada di Jalan Gertak Merah yang telah beroperasi sejak 1928 kini dalam menaik taraf termasuk kerja-kerja perpaipan.
"Zoo berkenaan ditutup sementara sejak 18 Oktober 2020," katanya.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#zoo baharu
#Iskandar Puteri
#Mohd Jafni Md Shukor
#zoo tertua di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan