awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zoo Perancis sambut kelahiran anak gajah betina selepas tujuh jam proses melahirkan

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2026
23:00 MYT
Zoo Perancis sambut kelahiran anak gajah betina selepas tujuh jam proses melahirkan
Anak gajah itu dilahirkan pada jam 4 pagi (waktu tempatan) dengan berat sekitar 150 kilogram dan digambarkan sebagai “sangat, sangat besar.” - Foto REUTERS
Zoo Beauval di Perancis menyambut kelahiran seekor anak gajah betina pada Ahad selepas ibunya, N’ Dala, melalui proses melahirkan selama tujuh jam.
Menurut Pengarah Zoo Beauval, Rodolphe Delord, anak gajah itu dilahirkan pada jam 4 pagi (waktu tempatan) dengan berat sekitar 150 kilogram dan digambarkan sebagai “sangat, sangat besar.”
Delord berkata, proses kelahiran itu tidak berjalan lancar dan pasukan zoo menumpukan usaha untuk “menyelamatkan nyawa si ibu.”
"N’ Dala, seekor gajah Afrika berusia 37 tahun, melahirkan selepas tempoh bunting melebihi 21 bulan. Kelahiran pertamanya direkodkan pada 2012.
"N’ Dala juga mengalami masalah penglihatan sejak beberapa tahun lalu tanpa sebab yang dikenal pasti," katanya.
Menurut penjaga haiwan zoo berkenaan, tidak lama selepas dilahirkan, anak gajah tersebut sudah mampu berdiri dengan keempat-empat kakinya dan menyusu daripada ibunya.
"Kelahiran ini menamatkan kemarau kelahiran gajah selama 13 tahun di Zoo Beauval.
"Pihak zoo juga menjangkakan pertambahan bilangan gajah dalam masa terdekat memandangkan seekor lagi gajah betina, Ashanti, kini turut menunggu kelahiran," jelas Delord lagi.
Topic Berkaitan
#Zoo Beauval
#zoo Perancis
#anak gajah
#kelahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan