awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa cerita sebenarnya PKR Lumut?

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
21/04/2013
10:04 MYT
Apa cerita sebenarnya PKR Lumut?
Cabang Parti Keadilan Rakyat Lumut dibubarkan pada Sabtu malam ekoran tidak puas hati dengan tindakan pimpinan parti memilih calon kerusi Parlimen yang didakwa bukan anak tempatan.
Mereka juga mendakwa calon yang ditampilkan oleh PKR iaitu bekas pegawai tentera laut, Imran Abdul Hamid adalah ahli Pas.
Serentak dengan itu, 1,125 anggota PKR dari cabang berkenaan mengisytiharkan keluar parti.
"Tidak ada dalam sejarah, ahli parti lain dipilih memakai baju PKR untuk bertanding dalam PRU Lumut," kata Ketua Cabang PKR Lumut, M.P Shamugam dalam satu sidang media di ibu pejabat cabang itu, malam tadi.
Sidang media itu diadakan untuk mengumumkan tindakan mereka membubarkan cabang berkenaan serta seretak dengan itu keluar parti.
Shamugam turut mengadu bahawa beliau adalah individu yang lebih layak untuk jadi calon PKR bagi kerusi Parlimen Lumut.
Barisan Nasional mencalonkan Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mempertahankan kerusi berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua PKR Lumut, M.R Summugam menafikan kenyataan Shamugan bahawa Imran adalah ahli Pas.
Jelas beliau, Imran masuk PKR awal tahun ini dan telah membatalkan keahliannya dalam Pas.
"Berkenaan dengan (pemilihan) calon, kalau nak katakan, saya lebih layak sebab saya ahli majlis pimpinan pusat, biro politik pusat, ahli strategik tetapi kita kena akur kepada keputusan kepimpinan pusat utama," katanya.
Summugam juga mendakwa tindakan Shamugam membubarkan cabang itu tidak sah kerana jawatan beliau sebagai ketua cabang telah digantung pada Mac lalu kerana isu disiplin.
Kerusi Parlimen Lumut dilihat antara kerusi panas kerana dalam pilihan raya umum yang lepas, BN menang kerusi itu hanya dengan 298 majoriti.
Topic Berkaitan
#lumut
#Parlimen
#PKR
#PRU
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan