awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
AS terima cadangan 10 perkara untuk tamatkan perang - Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 'panglima perang' UMNO sertai PN diumum dalam masa terdekat - Hamzah

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/06/2023
07:07 MYT
10 'panglima perang' UMNO sertai PN diumum dalam masa terdekat - Hamzah
Hamzah (foto) berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan perkara itu sebelum ia diumumkan dalam satu program bersesuaian. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) akan membuat pengumuman mengenai 10 'panglima perang' termasuk nama besar yang disisihkan UMNO menyertai komponen gabungan itu dalam masa terdekat.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini barisan kepimpinan gabungan parti sedang memuktamadkan perkara itu sebelum ia diumumkan dalam satu program bersesuaian.
"Insya-Allah kita tengah buat perancangan dan akan umumkan dalam waktu terdekat untuk kita sesuaikan dengan program yang sudah kita aturkan," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, pada Isnin.
Media sebelum ini melaporkan selain bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Kesihatan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin disebut-sebut antara yang bakal menyertai PN.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) minggu lalu mengucapkan selamat maju kepada 10 ‘warlord’ daripada parti itu yang didakwa akan menyertai blok pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Ahmad Zahid berkata tindakan itu sememangnya telah dijangka UMNO sejak awal lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Khairy yang dikatakan bakal menyertai PN, beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Itu (KJ sertai PN) kena tanya Tan Sri Muhyiddin. Biar dia (KJ) dengan Tan Sri Pengerusi bincang," katanya.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Perikatan Nasional
#Khairy Jamaluddin
#UMNO
#panglima perang atau warlords
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan