awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250 ahli PKR Ampang umum keluar parti, cabang terbubar secara automatik

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2020
11:21 MYT
250 ahli PKR Ampang umum keluar parti, cabang terbubar secara automatik
Sementara itu, 23 ahli jawatankuasa (AJK) cabang itu menafikan dakwaan cabang itu telah terbubar seperti didakwa Nallan. - Gambar Facebook.
Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang termasuk pemimpin peringkat jawatankuasa mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta pada Sabtu.
D. Nallan yang sebelum ini merupakan naib ketua PKR Cabang Ampang berkata, mereka membuat keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, keputusan itu juga dibuat selepas melihat senario pemecatan dan penggantungan ahli yang berat sebelah sehingga membawa kepada perpecahan parti.
Tambahnya, kumpulan yang umum keluar parti termasuk 13 ahli jawatankuasa cabang, 12 ahli jawatankuasa Angkatan Muda dan sembilan jawatankuasa Wanita menyebabkan cabang berkenaan terbubar secara automatik.
"Apabila dua pertiga daripada jawatankuasa yang dipilih (keluar parti), kita ada kuasa untuk bubar PKR Cabang Ampang seperti mana termaktub dalam fasal perlembangaan parti," katanya pada sidang media di sini.
Tambah Nallan, kumpulan itu menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kami akan bergerak menggunakan platform baharu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women (NOW) dan Pemuda Negara,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, 23 ahli jawatankuasa (AJK) cabang itu menafikan dakwaan cabang itu telah terbubar seperti yang didakwa Nallan.
Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan pada hari sama, mereka menegaskan PKR Cabang Ampang masih kukuh dan tidak dibubarkan.
“Kami AJK Cabang Ampang masih kekal setia dan yakin dengan kepimpinan Presiden PKR dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor,” kata mereka.
Kenyataan itu dibuat 19 AJK yang dipilih, tiga lantikan dan seorang lagi pengerusi tetap cabang.
Mereka bertekad meneruskan mandat rakyat yang diamanahkan kepada PKR meskipun beberapa pemimpin mengkhianati kepercayaan pengundi, lapor Selangor Kini.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#Ampang
#Anwar Ibrahim
#hilang
#kerajaan
#Media
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#NGO
#NOW
#Parti Keadilan Rakyat
#pemuda
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#rakyat
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan