awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan

80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2021
05:03 MYT
80 ahli Parlimen dicadang bersidang dalam satu sesi
Menurut Rashid, pengagihan ahli Parlimen adalah 44 daripada ahli Parlimen kerajaan dan 36 dari ahli Parlimen pembangkang. - Foto fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan hanya 80 ahli Parlimen dihadkan dalam satu sesi persidangan Parlimen bermula 26 Julai ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Whip parti politik dalam dewan.
Tambahnya cadangan itu dijangka dapat diputuskan minggu depan sebelum Parlimen mula bersidang.
Katanya cadangan ini sama seperti ketetapan persidangan pada tahun lepas yang mana hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen dibenarkan masuk bagi satu sesi.
"Kami telah bersedia untuk lima hari persidangan Dewan Rakyat dan tiga hari persidangan Dewan Negara.
"Semua akan bertanya soalan berkaitan COVID-19 dan dibentangkan menerusi peraturan yang akan dibentangkan oleh menteri.
"Buat masa ini usul tentang Parlimen hibrid belum ada dalam agenda lagi," katanya selepas membuat lawatan Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, Johor Bahru.
Mohd Rashid turut berharap semua ahli Parlimen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menurut Rashid, pengagihan ahli Parlimen adalah 44 daripada ahli Parlimen kerajaan dan 36 dari ahli Parlimen pembangkang.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan Mesyuarat Khas Penggal ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.
Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.
Persidangan itu bertujuan memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen berkenaan tentang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Mohd Rashid Hasnon
#bersidang
#persidangan
#menteri
#Timbalan Menteri
#hibrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.