awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada kumpulan tertentu di belakang Ahmad Said, kata Ahmad Razif

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2016
00:00 MYT
Ada kumpulan tertentu di belakang Ahmad Said, kata Ahmad Razif
Ahmad Razif menyifatkan tindakan Ahmad itu sebagai satu hikmah kerana beliau kini dapat mengetahui siapa musuh daripada dalam. - Gambar fail
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yakin wujud kumpulan tertentu di sebalik tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul undi tidak percaya terhadap beliau.
"Keadaan ini sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana tegang serta mengeruhkan keadaan dalam arena politik di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas berucap di majlis perjumpaan khas bersama parti komponen BN dan pertubuhan bukan kerajaan terengganu di sini, pada malam Rabu .
Dalam majlis itu, lebih dua ratus penyokong daripada bekas wakil rakyat, bekas pegawai tadbir, serta ketua bahagian serta sayap UMNO menandatangani ikrar taat setia kepada Ahmad Razif dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, di sebalik semua itu, ia membuka ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu membuktikan kesetiaan masing-masing.
"Saya dapat lihat hikmah di sebalik kejadian ini. Melalui usul ini, saya dapat lihat 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tetap bersama saya walaupun apa yang akan berlaku," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif
#Ahmad Said
#Barisan Nasional
#HADI AWANG
#MB Terengganu
#PAS
#UMNO
#undi tidak percaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan