awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada lagi ke isu 'pengundi hantu' warga Bangladesh?

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
27/04/2018
08:31 MYT
Ada lagi ke isu 'pengundi hantu' warga Bangladesh?
Isu pengundi hantu hanyalah spekulasi yang diulang-ulang di pentas ceramah dengan tujuan mengelirukan ramai pihak serta menimbulkan rasa tidak selamat. - Gambar fail
BIAR betul.
Isu pengundi hantu warga Bangladesh antara isu panas yang berbangkit menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perkara sama pernah menjadi panas semasa PRU13 di mana ramai pihak mendakwa warga Bangladesh diberikan hak untuk mengundi sama seperi warganegara Malaysia.
Terbaharu, menerusi beberapa mesej yang tular di media sosial ada pihak mendakwa warga Bangladesh yang memiliki kad pengenalan.
Mereka mendakwa warga Bangladesh ini kelihatan berada dalam kumpulan di beberapa lokasi antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dan kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya.
Menerusi portal sebenarnya.com, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Abdul Halim menegaskan, kemungkinan untuk seorang pengundi hantu berjaya membuang undi adalah sangat tipis kerana senarai pemilih yang akan digunakan nanti merupakan senarai terkini.
Jelasnya, ia hanyalah spekulasi yang diulang-ulang di pentas-pentas ceramah dengan tujuan mengelirukan ramai pihak serta menimbulkan rasa tidak selamat.
Menerusi penjelasan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman pada 2013, hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia berketurunan Bangladesh mempunyai taraf kerakyatan di Malaysia kerana mereka merupakan penduduk yang telah menetap di negara ini sejak sebelum merdeka lagi.
Maka, tidak menjadi kesalahan jika mereka menjalankan hak sebagai rakyat negara ini untuk keluar mengundi pada pilihan raya di negara ini.
Topic Berkaitan
#Atiqur Rahman
#Bangladesh
#berita palsu
#Malaysia Memilih
#pengundi hantu
#PRU13
#PRU14
#sebenarnya com
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan