awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2026
06:13 MYT
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Setiausaha Sulit Hamzah, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, Ahli Parlimen Larut kini berada di Sydney, Australia, untuk mengurusan pendaftaran anak perempuannya di universiti. - Gambar fail
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mungkin terlepas pendengaran Lembaga Disiplin yang dijadual pada Khamis memandangkan beliau ketika ini berada di luar negara.
Menurut laporan FMT, Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli berkata, Ahli Parlimen Larut kini berada di Sydney, Australia, untuk mengurusan pendaftaran anak perempuannya di universiti.
“Hamzah, yang sudah berada di luar negara, menerima notis pada 7 Februari dan segera memaklumkan kepada Lembaga Disiplin bahawa beliau tidak dapat hadir.
"Beliau juga memaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat (Johari Abdul) pada 4 Februari bahawa beliau tidak dapat menghadiri sesi Parlimen dari 5 hingga 13 Februari kerana urusan peribadi,” katanya menurut laporan portal berkenaan pada Rabu.
Hamzah yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini dilaporkan dipanggil untuk membantu siasatan Lembaga Disiplin Bersatu berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan ketika perhimpunan agung tahunan parti berkenaan serta serangan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berdasarkan notis saman kedua yang ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan, bertarikh 6 Februari lalu, sebanyak empat aduan disiplin difailkan terhadap Hamzah, masing-masing bertarikh 30 September tahun lalu dan 5 Februari lalu.
Difahamkan, Lembaga Disiplin Bersatu juga telah memanggil sekurang-kurangnya enam pemimpin parti lain untuk hadir pada Khamis. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Bersatu
#Lembaga Disiplin
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan