awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ada pihak mahu saya mati' - Dr Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/04/2018
12:07 MYT
'Ada pihak mahu saya mati' - Dr Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan, dia dimaklumkan pesawat yang akan dinaikinya terpaksa ditangguhkan kerana mengalami kebocoran yang teruk. - Foto Sinar Harian
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak yang mahu melihatnya terkorban dalam nahas pesawat ke Langkawi untuk berkempen sekali gus menggagalkannya untuk ke majlis penamaan calon pada Sabtu.
Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan, dia dimaklumkan pesawat yang akan dinaikinya terpaksa ditangguhkan kerana mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.
"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.
"Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tetapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok," dakwanya semasa sidang media selepas Majlis Perjumpaan dan Minum Petang Bersama Wanita Cina dan India Pakatan Harapan di sini hari ini.
BACA: Tun M dakwa pesawat disabotaj
Dr Mahathir akan menjadi calon Parlimen Langkawi pada PRU14.
Beliau dijadual ke pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi Sabtu.
Kerusi Langkawi disandang Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Sementara itu di dalam ucapannya, Dr Mahathir memberitahu akan membawa semula kemajuan yang tertangguh di Langkawi selepas tidak lagi menjadi perdana menteri pada 2003.
Paling penting jelasnya, ia akan menjadi kenyataan selepas menang dan menjadi perdana menteri semula untuk Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#KTMB
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#mati
#Nawawi Ahmad
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#pesawat
#PH
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan