awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakan undi percaya di Parlimen untuk tentukan calon PM baharu - PSB

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
16/08/2021
12:30 MYT
Adakan undi percaya di Parlimen untuk tentukan calon PM baharu - PSB
PSB menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa pelantikan perdana menteri perlu mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) menggesa agar persidangan Dewan Rakyat diadakan segera bagi menentukan calon perdana menteri baharu menerusi undi percaya.
Parti itu menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa pelantikan perdana menteri perlu mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
Ia sebagai merujuk kepada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Namun Muhyiddin kembali dilantik sebagai perdana menteri ‘caretaker’ selepas surat letak jawatannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustara Billah Shah ketika mengadap Baginda di Istana Negara tengah hari tadi.
"Dalam hal ini PSB menyatakan pendirian, orang yang dilantik sebagai perdana menteri yang baharu mesti mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat menerusi undi percaya semasa dewan bersidang.
“PSB menegaskan ia tidak bersetuju sokongan dinyatakan menerusi Akuan Berkanun (SD) atau ikrar peribadi daripada mana-mana pemimpin parti politik,” tegas parti itu.
Dengan pembukaan semula Parlimen katanya, sokongan majoriti dapat ditentukan segera sekali gus meneruskan pentadbiran negara melalui peralihan kuasa kepada kerajaan baharu.
Kata PSB, negara memerlukan kepimpinan dalam waktu mendesak ketika pandemik COVID-19 masih membimbangkan di Malaysia.
PSB diwakili Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat di Dewan Rakyat.
Terdahulu peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor satu negara selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 di Istana Negara.
Sementara itu, Muhyiddin sebelum ini mengakui bahawa beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.
Topic Berkaitan
#PSB
#Parti Sarawak Bersatu
#Parlimen
#undi percaya
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan