awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Kuala Kurau nafi keluar PKR

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/03/2020
15:55 MYT
ADUN Kuala Kurau nafi keluar PKR
ADUN Kuala Kurau (tengah, bertopi) menyatakan kehadirannya hanyalah sebagai sokongan moral kepada penyokong kem Azmin dan Zuraida. - Ihsan pembaca/Media sosial
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari nafi keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu acara yang diadakan di sebuah hotel di sini pada petang Isnin.
Sebaliknya, kehadiran beliau di majlis pengumuman cabang PKR di Perak keluar parti berkenaan hanyalah sebagai sokongan moral kepada penyokong kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
"Maaf belum umum petang tadi. Ahli-ahli grassroot dulu (umum keluar parti). Saya hadir hanya beri sokongan moral," katanya kepada Astro AWANI semasa dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamhari sebelum ini pernah menolak dakwaan bahawa ada tawaran daripada UMNO dan Pas untuk menyertai gabungan Muafakat Nasional membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Jelas ADUN PKR itu, jika ada tawaran sekali pun, beliau tetap menunggu situasi politik di peringkat pusat sebelum mengambil apa-apa tindakan.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan PH sebelum ini membentuk kerajaan negeri melalui 18 kerusi DUN dari DAP, 6 ADUN Amanah, 4 ADUN PKR, dan 2 ADUN Bersatu.
UMNO memiliki 25 kerusi DUN, Pas 3 kerusi DUN dan kini membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN), manakala, parti bebas ada satu kerusi.
Topic Berkaitan
#Abdul Yunus Jamhari
#adun kuala kurau
#Keadilan
#muafakat nasional perikatan nasional
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan