awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Kuamut nafi keluar Warisan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
25/06/2020
12:44 MYT
ADUN Kuamut nafi keluar Warisan
Masiung merupakan ADUN UPKO terakhir yang meninggalkan bekas ketua menteri sebelumnya, Tan Sri Musa Aman sebelum menyertai parti pemerintah. - Astro AWANI
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, menafikan andaian dirinya bakal keluar daripada parti kerajaan pemerintah Sabah.
Jelasnya yang juga ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, dia akan sehabis mungkin untuk mempertahankan Presiden parti, selaras dengan prinsip selaku wakil rakyat bermaruah.
"Kalau ada andaian pun, kita masih bersama-sama Warisan.
"Sebab kita sebenarnya masing-masing ada prinsip, prinsip kita ialah kita akan mempertahankan ketua kita sehingga dia tidak bermaya," katanya.
Menurut Masiung yang juga bekas ADUN BN atas tiket UPKO pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) dahulu, perkara berkenaan telah dibuktikannya dalam kemelut pentadbiran terdahulu.
Masiung merupakan ADUN UPKO terakhir yang meninggalkan bekas ketua menteri sebelumnya, Tan Sri Musa Aman sebelum menyertai parti pemerintah.
"Itu prinsip kita dan perkara ini itu juga kita buat sama ketua menteri sebelum ini, orang UPKO terakhir meninggalkan Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri adalah saya.
"Kerana prinsip kita, kita akan pertahankan ketua kita sehingga dia tidak bermaya," katanya.
Masiung berkata demikian selepas ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Khamis.
Terdahulu, dia membuat laporan polis selepas insiden kediamannya di kawasan Kepayan, Kota Kinabalu didatangi sekumpulan individu tidak dikenali baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai insiden terbabit berkait rapat dengan senario politik semasa, Masiung enggan memberikan sebarang komen kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.
Topic Berkaitan
#adun kuamut
#keluar parti
#masiung banah
#PRU14
#wakil rakyat
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan