awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
03/03/2020
04:09 MYT
Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak
Ahmad Faizal Azumu akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada tengah hari ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada tengah hari ini di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Menurut Ahmad Faizal, pertemuan hanya melibatkan beliau sahaja.
“Ya, saya dipanggil menghadap sekarang. Saya seorang (dipanggil),” katanya semasa ditemui media selepas pelancaran Hari Landskap Negara Peringkat Negeri Perak oleh Sultan Muizuddin Shah di Laman Budaya, di sini pada Selasa.
Ditanya mengenai calon Menteri Besar yang akan dikemukakan, ini jawapan beliau:"Saya akan jumpa semua (wartawan), maaf.”
Ketika ini, kebanyakan media berada di luar perkarangan Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi mendapatkan perkembangan terbaharu daripada Ahmad Faizal.
Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan telah bertemu ADUN UMNO Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad untuk membincangkan kedudukan kerajaan negeri Perak.
Kedua-duanya bersetuju untuk menubuhkan kerajaan negeri Perak yang baharu melalui pakatan UMNO, Pas dan Bersatu dan ketiga-tiga nama calon MB Perak akan dibawa ke Istana Perak.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Menteri Besar
#Perak
#Saarani Mohamad
#Sultan Nazrin Muizuddin Shah
#Sultan Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan