awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan antara isu dibahas pada Perhimpunan Agung Umno - Mohd Shafie

Bernama
Bernama
21/11/2014
00:30 MYT
Akta Hasutan antara isu dibahas pada Perhimpunan Agung Umno - Mohd Shafie
...
Akta Hasutan 1948 adalah antara isu yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung minggu depan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata perhimpunan selama lima hari bermula 25 Nov itu akan memberi ruang kepada perwakilan untuk melontarkan pendapat serta cadangan konstruktif berkaitan akta berkenaan.
"Banyak usul yang dikemukakan oleh bahagian dan cawangan. Jawatankuasa usul telah menapis usul-usul yang boleh dibahaskan dan tidak ada sekatan, tetapi masih ada penapisan kerana tidak semua usul kita terima.
Akta Hasutan ini merupakan satu akta yang kita sedar dan tahu ada beberapa pandangan dan kita harus lihat dari beberapa pilihan yang dilontarkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam pembangunan 'Teaching Factory dan Program 'Industrialmanship' untuk meneroka potensi dalam industri kejuruteraan perkapalan di sini, Khamis.
Mohd Shafie berkata terdapat pandangan bahawa akta itu perlu dihapuskan dan ada juga yang berpendapat ia perlu dikekalkan dengan beberapa pindaan.
"Kita perlu ada keterbukaan dan perlu menerima pandangan daripada akar umbi untuk memperkasakan (akta itu) supaya tidak timbul kecelaruan," katanya.
Beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan terhadap akta itu kerana zaman sudah berubah seperti penggunaan media sosial yang mungkin tidak terkandung dalam akta sedia ada.
"Media sosial antara faktor yang boleh melahirkan keadaan kacau bilau, hasutan, fitnah dan penyampaian maklumat yang tidak betul," katanya.
Topic Berkaitan
#Akta Hasutan 1948
#Mohd Shafie Apdal
#Perhimpunan Agung UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan