awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan

Bernama
Bernama
09/07/2020
04:47 MYT
Amanah Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan
Kenyataan media berkaitan peletakan jawatan jentera Amanah Labuan.
Seluruh jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.
Peletakan jawatan secara mengejut itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran Amanah Bahagian Labuan.
Amanah melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.
Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada Amanah Bahagian Labuan.
"Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri ...kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#Labuan
#letak jawatan
#Parti Amanah Negara
#pemuda
#politik
#sayap wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan