awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
Teliti penjelasan Azam Baki - Anwar
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah sedia cabar PAS di Kelantan pada PRU14

Bernama
Bernama
04/01/2016
10:11 MYT
Amanah sedia cabar PAS di Kelantan pada PRU14
Amanah Kelantan masih berharap PAS Kelantan bekerjasama bersama mereka bagi mengelak berlakunya pertandingan melibatkan kedua-dua parti itu nanti.
Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertanding mencabar PAS di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Bagaimanapun beliau berkata Amanah Kelantan masih berharap PAS Kelantan bekerjasama bersama mereka bagi mengelak berlakunya pertandingan melibatkan kedua-dua parti itu nanti.
"Saya dah suarakan lebih empat bulan lepas (berkenaan kerjasama), tapi sehingga sekarang masih tak ada respons (daripada PAS).
"Saya tak wakili Amanah Pusat untuk kerjasama sebab ramai di kalangan sahabat-sahabat tak setuju dengan pendirian saya ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dilaporkan sebagai berkata sekiranya Amanah bertanding di negeri itu, ia akan hanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
"Persiapan kita untuk bertanding akan diteruskan (jika PAS tidak mahu bekerjasama)...(dan) saya tak nak dicatat dalam sejarah politik Kelantan sebagai pihak yang meruntuhkan kerajaan Kelantan yang diasaskan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Parti Amanah Negara
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan