awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PBRS diingat tidak bangkitkan isu kaum dalam berpolitik

Bernama
Bernama
20/01/2018
21:00 MYT
Anggota PBRS diingat tidak bangkitkan isu kaum dalam berpolitik
Kurup meminta rakyat di Sabah supaya bersama-sama menolak pihak atau individu yang mempunyai agenda tersendiri dengan mempengaruhi rakyat ke jalan yang boleh memusnahkan perpaduan. - Gambar Fail
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan anggota parti itu yang berhasrat bertanding pada pilihan raya umum akan datang supaya bersikap realistik dan tidak menyentuh isu perkauman demi mendapatkan kuasa politik.
Sambil menegaskan bahawa perkauman adalah isu yang sensitif, Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, adalah tidak munasabah bagi mana-mana individu membangkitkan tentang isu perkauman bagi tujuan survival politik peribadi.
"Saya minta agar orang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, janganlah guna isu (perkauman) yang cukup sempit ini kerana ini hanya mendatangkan perkara yang tidak diingini," katanya selepas majlis penyerahan bantuan rumah kepada 15 keluarga di Kampung Ansip dekat sini, pada Sabtu.
Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan berkata, perpaduan sedia ada dalam kalangan penduduk akan tercalar jika ada pihak yang cuba membabitkan isu perkauman untuk kepentingan peribadi.
"Kita perlu memahami bahawa budaya kita yang berbagai-bagai ini tidak jauh bezanya. Jadi, berasaskan itu, kita gunakan (kepelbagaian budaya) untuk menyatupadukan rakyat. Tidak ada sebab kenapa kita harus menggunakan perkauman untuk kepentingan politik," katanya.
Dalam pada itu, Kurup meminta rakyat di Sabah supaya bersama-sama menolak pihak atau individu yang mempunyai agenda tersendiri dengan mempengaruhi rakyat ke jalan yang boleh memusnahkan perpaduan.
"Kita harus yakin dan percaya, sebagaimana yang sering dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa beliau perdana menteri bagi semua kaum...dan di Sabah tidak sepatutnya timbul persoalan siapa dan apa bangsanya yang akan mewakili kita dalam sesuatu kawasan," katanya.
Mengenai majlis itu, Kurup berkata, rumah berkenaan dibina dengan peruntukan Parlimen Pensiangan bagi membantu keluarga berkenaan yang hilang rumah masing-masing dalam kebakaran pada 30 Okt 2016.
Kejadian itu turut mengorbankan seorang lelaki berusia 50-an.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joseph Kurup
#KUASA
#Parti Bersatu Rakyat Sabah
#PBRS
#perkauman
#pilihan raya umum
#politik
#rakyat
#realistik
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan