awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah kecewa Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'

Agensi
Agensi
21/09/2020
09:43 MYT
Anifah kecewa Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara'
Menurut Anifah kenyataan calon Warisan berkenaan boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada Sabah. -Gambar fail
Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman kecewa dengan kenyataan Datuk Mohamaddin Ketapi, yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada 2013 yang mengorbankan 10 anggota keselamatan sebagai 'sandiwara'.
Bekas Menteri Luar itu berkata, kenyataan berkenaan tidak sepatutnya dibuat calon parti Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah itu kerana ia satu penghinaan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara.
"Sepanjang peristiwa pertempuran Lahad Datu, di Tanduo 2013, seramai 235 pengganas telah mendarat di bumi Sabah dari Pulau Simunul, Filipina. Sepuluh orang anggota keselamatan Malaysia telah terkorban dalam pertempuran tersebut termasuk dalam beberapa serangan hendap.
"Pemimpin Parti Warisan ini telah menyifatkan pengorbanan mereka sebagai 'sandiwara'," kata Anifah yang dilaporkan Bernama pada Isnin.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang mengulas kandungan video ceramah kempen PRN Sabah calon berkenaan yang tular di media sosial.
BACA: Mohamaddin Ketapi jawab isu dakwa pencerobohan Lahad Datu 'sandiwara', mohon maaf
BACA: Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu suatu sandiwara
BACA: Lahad Datu: Berhenti rendahkan maruah pasukan keselamatan negara - Pemuda UMNO
Dalam video berdurasi kira-kira 30 minit berkenaan, calon Warisan itu ketika berceramah mendakwa pertempuran di Tanduo berkenaan sebagai 'sandiwara'.
Menurut Anifah kenyataan calon Warisan berkenaan boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada Sabah serta melukakan hati keluarga dan rakan-rakan seperjuangan anggota keselamatan.
"Di manakah rasa hormat pemimpin Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?," soal Anifah dan menambah Warisan sepatutnya merasa malu kerana membuat kenyataan seperti itu.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#dakwaan
#kempen
#ketapi
#mohamaddin
#pengganas
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#Tanduo
#tragedi Lahad Datu
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan