awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar tak berhasrat tanding walau disenaraikan - Abdul Hadi

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2023
01:55 MYT
Annuar tak berhasrat tanding walau disenaraikan - Abdul Hadi
Menurut Abdul Hadi (kiri), Annuar (kanan) lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat berbanding negeri. - Gambar fail
MARANG: Nama bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah disenaraikan sebagai calon Pas pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini, namun difahamkan figura politik itu tidak berhasrat untuk bertanding.
Perkara itu diakui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Marang pada petang Sabtu.
Jelas beliau, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu lebih sesuai berperanan di peringkat Pusat berbanding negeri.
"Itu (kedudukan Annuar) kita serah kepada pemimpin Pas Kelantan.
"Namun kita lebih setuju dia berperanan di peringkat nasional (kerana) dia tokoh besar, bukan peringkat negeri (tapi) peringkat lebih besar," ujarnya.
Sebelum ini, Annuar yang baharu menyertai Pas turut menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menjadi calon pada PRN kali ini jika diberikan mandat untuk bertanding.
Katanya, beliau perlu berbincang dengan pucuk pimpinan Pas Kelantan untuk mengetahui tujuan sekiranya beliau diamanahkan berbuat demikian.
Sebelum ini, wujud dakwaan kononnya Annuar dikatakan bakal berentap dengan anaknya, Afiq Amani bagi merebut kerusi dalam PRN bulan depan.
Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN.
Bagaimanapun, kenyataan Annuar yang menjelaskan bahawa beliau tidak bertanding melenyapkan spekulasi yang ditimbulkan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Abdul Hadi Awang
#PRN
#calon PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan