awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Polis tahan tiga individu bantu siasatan kes serang wanita sedang siaran langsung
IPT bukan ‘lubuk’ rasuah: Menilai realiti berasaskan fakta, bukan persepsi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa pendirian Azmin? Pecat atau tidak? Surat rasmi pun tiada' - Takiyuddin Hassan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/05/2017
04:28 MYT
'Apa pendirian Azmin? Pecat atau tidak? Surat rasmi pun tiada' - Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan turut memaklumkan satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan tiga Exconya di Selangor. - Foto Fail
Jawatankuasa Pas Pusat masih belum menerima sebarang surat daripada pejabat Menteri Besar Selangor berhubung permintaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri untuk melepaskan jawatan Exco.
Malah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut meragui tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menyatakan pendirian rasmi.
"Bagi kita (Pas), tidak ada apa-apa arahan daripada dia (Azmin) dan dia pun tidak nafikan bahawa dia minta kita letak jawatan. Itu setakat yang kita tahu.
"Tetapi setakat ini pejabat Pas Pusat tidak menerima apa-apa perkara daripada pejabat Menteri Besar Selangor. Sepatutnya kalau dia hendak minta Exco Pas berhenti, dia kena hantar surat kepada Pas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Malah katanya, pelantikan Exco di negeri itu dibuat di bawah perkenan Sultan Selangor.
Justeru, mana-mana pihak yang ingin Pas melepaskan jawatan tersebut perlu merujuk dan mendapatkan perkenan Sultan Selangor.
"Seseorang Exco yang dilantik memegang jawatan itu adalah atas perkenan Tuanku Sultan. Jadi sekarang ini apabila Exco kita dilantik di Selangor dengan perkenan Tuanku Sultan, kita hanya habis tanggungjawab apabila tidak lagi mendapat perkenan Sultan.
"Kalau ada cadangan untuk Exco Pas di Selangor letak jawatan dan sebagainya, dia mesti datang daripada Tuanku Sultan," katanya.
Beliau turut memaklumkan satu mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan tiga Exconya di Selangor.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
#Datuk Takiyuddin Hassan
#Exco PAS Selangor
#Jawatankuasa Pas Pusat
#Menteri Besar Selangor
#PAS
#PKR
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan