awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asyraf Wajdi pelawa Syed Saddiq masuk UMNO

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2020
06:26 MYT
Asyraf Wajdi pelawa Syed Saddiq masuk UMNO
Memandangkan isu politik wang merupakan punca beliau membuat keputusan sedemikian, maka Syed Saddiq, kata Asyraf Wajdi, dialu-alukan untuk menyertai Pemuda UMNO.- Gambar fail
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyertai Pemuda UMNO.
Menurut Asyraf Wajdi, pelawaan itu dibuat kepada Syed Saddiq ekoran kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang mendakwa enggan menyertai mana-mana parti politik sedia ada termasuk parti baharu, parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syed Saddiq membuat keputusan itu kerana pengalaman isu rampasan kuasa politik dan amalan politik wang dalam Bersatu.
Memandangkan isu politik wang merupakan punca beliau membuat keputusan sedemikian, maka Syed Saddiq, kata Asyraf Wajdi, dialu-alukan untuk menyertai Pemuda UMNO.
“Oh, rupanya salah satu punca Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tinggalkan Tun M dan Bersatu kerana budaya politik wang yang membarah. Kalau macam tu jom sertai Pemuda UMNO!
“22 bulan kami ditakdirkan sebagai pembangkang, Alhamdulillah, Pemuda UMNO telah banyak berubah,” kata Asyraf Wajdi dalam hantaran di Facebook pada Khamis.
Sumber Facebook drasyrafwajdidusuki
Menurut Asyraf Wajdi lagi, proses penyaringan dan penyucian semula jadi berlaku apabila UMNO hilang kuasa.
“Yang mengejar projek dan memperhitungkan wang lebih dahulu meninggalkan wadah kononnya atas nama ‘berhijrah’.
“Yang tinggal terus bermuhasabah, melakukan koreksi diri dan sama-sama membangunkan kembali wadah dengan wajah dan iltizam baharu untuk menanggalkan budaya lama yang bobrok demi sebuah perjuangan,” tulis Asyraf Wajdi lagi.
Topic Berkaitan
#ARMADA
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Bersatu
#Mahathir Mohamad
#Pejuang
#Pemuda UMNO
#politik wang
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan