awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aziah mahu meremajakan UMNO

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2018
02:12 MYT
Aziah mahu meremajakan UMNO
AZIAH: Agenda utama untuk berada di kerusi Majlis Tertinggi UMNO adalah dengan sasaran mahu meremajakan UMNO. - Foto Facebook/aziaoktober
Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan akan datang dan mengesahkan telah menghantar permohonan secara atas talian.
Ketuanya, Aziah Atan yang juga Timbalan Ketua UMNO Cawangan Felda Bukit Aping Barat berkata, keputusan itu diambil demi perjuangan UMNO.
Menurutnya, dalam keadaan UMNO yang kini berdepan saat getir, parti itu perlu dipertahankan oleh pewaris-pewaris muda.
“Keputusan ini diambil di saat UMNO hilang kuasa pemerintahan. Atas dasar semangat juang dan kesetiaan kepada parti yang menjadi pegangan saya sejak layak menyertai parti politik.
“Agenda utama untuk berada di kerusi Majlis Tertinggi UMNO adalah dengan sasaran mahu meremajakan UMNO, mengangkat suara muda wanita, mengukuhkan suara generasi baru dan mentransformasikan idea golongan muda,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, beliau juga berhasrat membawa suara generasi muda Felda dalam usaha terus memartabatkan pembangunan Felda dalam kepimpinan tertinggi UMNO.
Katanya, pada usia beliau 40 tahun dengan pengalaman aktif di peringkat akar umbi, diharap dapat mengolah pengalaman dan suara muda secara jelas, tegas dan amanah kepada usaha memulihkan dan mengukuhkan kembali UMNO.
“Organisasi merupakan gabungan sejumlah orang yang saling bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama. Keterlibatan seseorang dalam organisasi baik yang berbentuk organisasi formal mahupun informal.
“Dengan ini saya memohon di peringkat bahagian seluruh Malaysia memberi undian, ruang dan peluang kepada saya di dalam organisasi kepimpinan UMNO Malaysia,” katanya.
Topic Berkaitan
#Aziah Atan
#Ketua Puteri UMNO
#Kota Tinggi
#meremajakan UMNO
#perjuangan
#pewaris-pewaris muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan