awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin anggap parti bukan BN dan PH pengacau undi

Bernama
Bernama
01/05/2018
04:00 MYT
Azmin anggap parti bukan BN dan PH pengacau undi
AZMIN berkata, PH bersedia menghadapi pertandingan berbilang penjuru dalam PRU14 kali ini.
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan parti-parti politik selain BN dan PH yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini tidak lebih daripada hanya sebagai "pengacau undi."
Menteri Besar Selangor itu yang secara jelas merujuk kepada Pas dengan berkata, parti itu tidak mampu membentuk kerajaan sekali pun menang beberapa kawasan Parlimen dalam PRU14.
"Kita dalam kertas undi mudah saja, ada dua parti yang serius sebenarnya, satu BN dan satu lagi Pakatan Harapan. Kalau ada yang lain masuk jangan bimbang, itu pengacau sahaja, dia nak kacau sahaja," katanya ketika berucap pada ceramah PH di Bukit Kapar di sini, malam tadi.
Sementara itu, beliau yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, berkata PH bersedia menghadapi pertandingan berbilang penjuru dalam PRU14 kali ini.
Pada PRU ke-13, Mohamed Azmin menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi menewaskan calon BN dan Bebas, manakala bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa pula, beliau menumpaskan calon BN dengan kelebihan 4,044 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Malaysia Memilih
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#PAS
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#politik
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan