awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah

Bernama
Bernama
19/05/2022
05:45 MYT
Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Perkara itu dikongsikan Noor Effandi di laman sosial Facebooknya semalam, selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden Amanah Adly Zahari. - Facebook Fendi Ahmad
MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.
Perkara itu dikongsikan beliau di laman sosial Facebooknya semalam, selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden Amanah Adly Zahari.
"Inilah wadah baharu perjalanan politik saya. Sedikit sebanyak, pengalaman lalu baik suka mahupun duka akan dibawa bersama buat merencana suatu harapan yang lebih baik dan moga membawa manfaat kepada Malaysia tercinta. Kekuatan diri akan diperkasa, kelemahan diri menjadi pedoman berharga.
"Kepada keluarga besar Amanah, saya sedar saya ini budak baharu belajar, banyak kekurangannya. Mohon tunjuk ajar dan kerjasama," menurut catatan itu.
Sementara itu, Adly, yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, juga di Facebooknya mengucapkan selamat datang kepada Noor Effandi, Afiq Nordin dan rakan-rakannya dalam keluarga Amanah.
Noor Effandi bersama ADUN Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron, ADUN Pantai Kundur Datuk Nor Azman Hassan dan ADUN Pengkalan Batu Datuk Nurhizam Hassan Baktee menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga mengakibatkan kerajaan negeri Melaka tumbang pada tahun lepas dan pilihan raya negeri diadakan.
Berikutan tindakannya itu, Noor Effandi dipecat keahliannya daripada Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adun Telok Mas
#Noor Effandi Ahmad
#sertai Amanah
#Sulaiman Md Ali
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan