awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Bangladesh lancar kempen vaksinasi demam campak kecemasan di tengah peningkatan kematian
Delegasi Hamas bincang situasi Gaza, Baitulmaqdis dengan Presiden Turkiye Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Pas Bukit Pasir sertai Amanah

Bernama
Bernama
02/09/2023
22:45 MYT
Bekas ADUN Pas Bukit Pasir sertai Amanah
Mohamad (kiri) menerima borang keahlian daripada Najib Lep (tiga kanan) pada Ceramah Kolompok Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri DUN Simpang Jeram di Taman Desa, Muar, malam tadi. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Bukit Pasir, Najib Lep, mengumumkan penyertaan beliau dalam parti Amanah malam tadi.
Borang keahlian beliau diserah kepada Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu ceramah kelompok di Sungai Abong.
Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan Najib dan berharap beliau akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.
Najib adalah satu-satunya wakil Pas di DUN Johor sebelum dibubarkan pada 22 Jan lalu bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.
Pada PRN Johor, Pas menggugurkan keahlian Najib daripada parti itu selepas memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon dan kemudiannya dilaporkan menyertai UMNO pada Oktober 2022.
Sementara itu, Mohamad berkata, penyerahan borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan negeri Johor pula akan diadakan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, Johor Bahru, hari ini.
Semalam Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, penyertaan bekas Exco dan bekas ADUN daripada Bersatu dan Pas itu adalah satu isyarat yang jelas terhadap penerimaan kepada perjuangan Amanah yang membawa semangat RAHMAH seperti yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas ADUN Pas
#bekas ADUN Bukit Pasir
#Najib Lep
#Najib Lep sertai Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan