awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti

Bernama
Bernama
12/11/2017
12:31 MYT
Bekas anggota DAP dakwa tiada lagi demokrasi dalam parti
Pemilihan semula CEC yang diadakan selepas DAP mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menyaksikan 1,356 perwakilan memilih 20 anggota CEC.
Beberapa bekas anggota DAP hari ini menyifatkan demokrasi sudah "mati" dalam parti itu apabila Lim Guan Eng masih dibenarkan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sekalipun sedang berdepan dakwaan rasuah.
Mereka juga hairan berhubung tiada tindakan disiplin diambil terhadap Lim mengenai isu itu selain turut dilanda pelbagai kontroversi termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.
"Lim Guan Eng tidak sepatutnya bertanding dalam pemilihan CEC itu kerana dia sedang menghadapi pertuduhan kerana ini akan mencemarkan imej parti," kata bekas anggota DAP Seputeh Tony Tan kepada pemberita, di sini hari ini.
Sebelum itu, Tan dan sekumpulan anggota DAP berhimpun di luar Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, tempat berlangsungnya pemilihan semula CEC, bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemilihan tersebut.
Bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra R. Vellasamy pula mendakwa parti itu mengamalkan diskriminasi apabila hanya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin akar umbi sepertinya sedangkan dalam kes Lim mereka berdiam diri.
"Saya dipecat kerana mempertahankan hak-hak kaum India dalam DAP. Di manakah demokrasi dalam DAP?" katanya.
Pemilihan semula CEC yang diadakan selepas DAP mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menyaksikan 1,356 perwakilan memilih 20 anggota CEC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CEC
#DAP
#demokrasi
#Jawatankuasa Eksekutif Pusat
#Lim Guan Eng
#pemilihan semula
#Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan