awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2016
13:29 MYT
Bekas senator, Mohamad Ezam Nor umum keluar UMNO
Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014. - Gambar fail
Bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO.
Menurut Mohamad Ezam dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook dan Twitter peribadinya pada Ahad, keputusan itu dibuat untuk mempertahan dan berjuang demi melakukan perubahan (islah).
Pada April lalu, Mohamad Ezam telah menafikan akan menyertai semula politik selepas namanya dikaitkan semula untuk kembali menyertai PKR dalam masa terdekat ini.
Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.
Mohamad Ezam
Berikut kenyataan Mohamad Ezam yang dimuat naik di FB peribadinya hari ini. - Gambar fail
Bagaimanapun pada 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan (2017).
Mohamad Ezam sebelum ini meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai semula UMNO pada tahun 2008.
Difahamkan ketika itu, kemasukan Mohamad Ezam ke PKR bagi membantu mengukuhkan politik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.
Topic Berkaitan
#Mohamad Ezam Mohd Nor
#PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan